Oct 1, 2012

Warkah untuk Teman # 1 [Aida]

Kau peramah.
Kau yang mula bercakap.
Keramahan kau menyedarkan aku, bahawa aku tidak boleh terus diam.
Aku juga perlu berkata. Supaya tidak terus dipijak.

Kau periang.
Kau selalu meletuskan gelak tawa.
Kau tidak kisah walau aku ketawa macam setan.
Aku menjadi aku.
Ketika bersama kau.

Kau penyayang.
Kau letakkan aku dulu sebelum engkau.
Kau jaga aku ketika sakit ku.
Aku menjadi manja.
Dan bila kau hilang, aku tiada tuju.

Tapi,

Kenapa kau terlalu sayang?
Sehingga ia memakan persahabatan?
Sungguh aku kesal bila kita bertengkar.
Sungguh aku sedih bila kau jauh.
Sungguh aku kecewa bila kau lari.
Sungguh aku tak mahu kau pergi.

Lama kan kita diam.
Tak bertegur.
Jumpa hanya senyum.
Dengar khabar dari pihak ketiga.

Aku masih ingat,
Malam Apresiasi Jauhari.
Malam yang menghubungkan kita kembali.
Kau ingat tak?

Aku masih ingat.
Aku perhati kau dari jauh.
Kau sedang sibuk mengemas.
Kau memang rajin.
Kau nampak aku perhati kau.

Aku datang,
Kau datang,
Kita salam,
Kita peluk,
Kita nangis.
Aku masih ingat.

Sumpah aku rasa lega.
Sumpah aku rindukan kau.

Sekarang kita dah kembali seperti biasa.
Aku bersyukur.
Kau dah kembali.
Kita masih kawan.
Aku bersyukur.

Dulu kawan,
Sekarang kawan,
Moga sampai bila-bila kita tetap kawan.

Aku sayang kau.


Engkaulah,
AIDA MIHAT. <3

No comments: