Showing posts with label painter's mistakes. Show all posts
Showing posts with label painter's mistakes. Show all posts

Jul 6, 2013

Tapi

Hanya engkau yang faham aku.
Lebih dari aku faham aku.
Hanya engkau reti aku.
Lebih dari yang lain reti aku.
Hanya engkau tahan aku.
Labih dari yang lain tahan aku.
Hanya engkau bahu aku.
Bahu lain tak sama.
Hanya engkau tisu aku.
Tisu lain tak sama.
Hanya engkau painkiller aku.
Painkiller lain tak setanding.
Hanya engkau laughing gas aku.
Gas lain tak setanding.
Hanya engkau bantal busuk aku.
Bantal lain tak sebusuk engkau.

Hanya engkau faham aku.
Hanya engkau faham aku.
Hanya engkau faham aku.

Tapi

KENAPA HANYA ENGKAU YANG TAK BOLEH UNTUK AKU?!

~najwa

p/s: Catatan zaman rebellious dan zaman kecelaruan.

Jun 5, 2013

Faham. Sakit rasanya.

Skarang aku faham.
Bila dia cakap dia dah tak boleh bergurau tu macam mana rasanya.
Rasa pedih.
Not being able to joke around and hang around with someone you like without ever feeling guilty.
Sorry Atiqah. Sorry..!
:'(

~najwa

p/s: Ya Allah, dah lama tak rasa macam ni. Dugaan apa yang kau turunkan ni? Rasa sedih dan pedih hati sebijik macam masa aku break up dengan Man dulu. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini Ya Allah. Aku mohon daripada mu Ya Allah!

p/p/s: Banyak post luahan hati kat cni sebab dah tak boleh nak Tweet dengan bebas. Sebab memasing dah ada TweetDeck. Memasing stalk memasing. Memasing tau cerita memasing. Thank you and fuck you TweetDeck. Dan sebab aku dan Atiqah terlampau rapat sampai kami tau apa maksud Tweets kami. Kannnn? Shit bila dah terlalu rapat dan terlalu memahami. SHIT.

Jun 4, 2013

Saya hipokrit.

Aku berkonfrontasi dengan dia si kawan baik tadi.
Kami go all out. Heart to heart.
Dia nangis. First time dia nangis. Depan aku.
Nope, scratch that. Second time.
Dia luah semua.
Then dia cakap, 'Mesti sebab kita dah terlalu rapat.'
Aku sedih. Bila ayat tu keluar dari mulut dia, aku sentap.
Sedih. Sebak. Sunyi.
Macam masa Man mula-mula nak break up dengan aku dulu.
Macam tu la aku rasa.
Kesian jugak dia. Sebab dia jenis kawan dengan semua.
Tapi sebab aku, semua orang terasa dengan dia.
Terasa macam dia lupakan dorang.
Dan baru tadi dia mengaku yang sebenarnya dia rasa awkward.
Hari tu dia tak nak mengaku.
Bersungguh-sungguh dia menipu.
Sampai mati-mati aku percaya.
Tadi sampai menangis dia nak mengaku ke-awkward-an dia tu.
Pastu dia nangis lagi.
Dia cakap dia nak gurau dengan aku.
Nak touch-touch aku.
Nak tumbuk-tumbuk aku.
Tapi sebab dia awkward, dia tak nak buat.
Then terus kitorang jadi renggang sebab da kurang bergurau senda.
Macam apa je.
Dia jarang nak mencarut.
Tapi bila dia luah tadi, bila dia nangis, dia keluar SHIT sebijik.
Aku terkejut.
Aku tak tahan da.
Tak boleh layan lagi dah perasaan ni.
Makin di layan, makin menjadi-jadi nanti.
Dah la esok nak exam Genetik.
Tapi sebelum keluar aku cakap, 'Atiqah, sorry.'
Dia tanya kenapa?
'Sebab saya lagi tua daripada awak. Saya tak sepatutnya biar semua ni terjadi.'
Then aku terus blah.
Macam tu je.

Pastu dia text, saying everything is going to be alright.
Mulanya aku tak nak reply. Aku speechless.
Tapi aku takut dia rasa serba salah and tak boleh study, so aku reply jugak.

Shit la bila terlalu rapat. Shit la bila terlalu selesa. Shit la bila nak alone pun tak boleh.
Shit la bila terlalu bergantung kat orang.
Shit la bila orang dah tak respect kita. Shit la 2nd semester ni.
Shit.
Shit.
SHIT!

Aku balik, nak study. Tapi hati tak tenteram.
Baru hati tergerak nak bukak ayat-ayat Quran, zikir-zikir.
Aku rasa hina betul. Jijik dengan diri sendiri.
Sebab bila dah jadi macam-macam SHIT macam ni, baru aku nak dengar segala bapak zikir.
HIPOKRIT.

~najwa
p/s: Nampak tak how the word awkward boleh menjahanam kan sebuah persahabatan?!

p/p/s: Saya sayang awak Atiqah. Saya suka berkawan dengan awak. Tapi kalau dah jadi macam ni, saya pun dah tak tau nak buat macam mana dah. Sorry kerana dah mencalarkan sebuah persahabatan yang suci. Sorry. :((((

FUCK the word AWKWARD

She slept at my place a few nights ago. And when she woke up, we snuggled a bit. Under my covers. We whispered, we talked, we hugged, we snuggled. Snuggled in a way best friends would do. But maybe the sight of us snuggling are just too intimate for others to see because when I peeked outside I saw one of my roomies spying on us with a disgusted look on her face. We were shocked and we went to my best friends' room. We were absolutely clueless about what happened earlier. After few minutes of discussing, we decided to act as normal as we possibly can. And when my best friend went to pick up her toothpaste from my bathroom, she saw my roomies gossiping with each other and my best friend said to me, 'By the looks of it, I knew they were talking about us.'

Since then, everything went really awkward around us. Around most of my close friends. So, I guess the news has spread. Thank you bitch. For you and your fat mouth and for ruining my social cycle. Thank you.

~najwa
p/s: Ada sedikit penipuan dalam post ini. Cari lah kalau larat.

p/p/s: Learn your lesson Wa.

May 31, 2013

Dulu dulu dulu dan Sekarang.

Aku cuma nak lepak bilik kau macam dulu.
Buat kerja kat bilik kau macam dulu.
Gurau-gurau dengan kau macam dulu.
Kongsi masalah dengan kau macam dulu.
Pegang tangan kau sebelum tido macam dulu.
Singgah bilik kau sebelum pergi kelas macam dulu.

Semua macam dulu tanpa awkward macam sekarang.

~najwa
p/s: I fucking hate the word AWKWARD!!!

An Ending

I know what we did was wrong.
I know what I did to you was wrong.
I know what we did made you feel awkward.
But for once, can't you just consider my feelings?
But for once, can't you understand that it made me feel awkward too?
It's not easy for me too.
FUCK what we did in the past time.
I am trying very hard here to try and save our friendship back.
But if you won't cooperate, then I gave up.
I won't bounce back to you.
I feel damn rejected by you already.
What you said was true; 'Don't get too close to people, it'll just hurt ourselves.'
Thank you. Now the words backfired to us.
Thanks for being such a great listener and friend before 'it' happened.

Goodbye.

~najwa
p/s: Please let me finish Degree as soon as possible! I hate the people here!

Jan 4, 2013

Baldi

Bila tunggu baldi penuh, aku gosok gigi
Bila tunggu baldi penuh, aku tenung paip
Bila tunggu baldi penuh, aku cuci muka
Bila tunggu baldi penuh, aku kira tiles dalam jamban
Bila tunggu baldi penuh, aku pintal-pintal rambut

Tapi, sejak hari tu,

Bila tunggu baldi penuh...
Aku hilang dalam masa
Aku tenung parut itu.
Aku tenung luka itu.
Aku terimbau luka itu.

Sehingga air melimpah keluar.

~najwa

Oct 24, 2012

Tentang belajar: Aku; dulu dan sekarang.

Aku tertanya-tanya. Kenapa dulu masa belajar aku senang je nak hafal semua benda. Senang je nak faham semua. Sekarang ni, jangan nak kata hafal or faham, nak membaca pun aku tergagap. Teruk.

So, aku reflect balik aku dulu dan sekarang.

Dulu aku senyap. Sekarang aku bising gila. Mungkin sebab tu aku susah nak terima ilmu. Banyak sangat perkara lagha dalam otak aku ni.

Dulu masa kat sekolah ugama aku rajin hafal ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Mungkin sebab tu la aku senang nak hafal ilmu sampingan yang lain. Sekarang, jangan nak kata hafal semua tu. Nak baca al-Quran pun susah. Teruk! Facepalm sikit!

Dulu aku tak banyak kawan. So fikiran aku selalunya hanya akan fokus kepada pelajaran. Tu yang cemerlang tu. Sekarang aku banyak kawan. Aku happy, tapi pelajaran aku tunggang langgang. Aku stress. Demm~

Dulu aku ada family yang sentiasa pantau aku. Walau macam mana shitty pun keadaan sekeliling, mereka tetap ada. Entah macam mana menjadi pendorong aku untuk berjaya. Papa peneman aku untuk stay up study. Sekarang aku jauh daripada family. Contact pun jarang sekali. Semangat diorang terasa lebih jauh. Dan bila jauh, aku susah nak stay up untuk study. Aku penakut. Chicken!

Mungkin juga hati ini terlalu gelap dan hitam dengan dosa-dosa lampau yang menyebabkan aku susah untuk terima ilmu ini. Pasti. Perlu segera taubat dan minta ampun. Aku tahu. Kuatkanlah hati ini Ya Allah!

Hanya 4 perbezaan dulu dan sekarang yang dapat aku keutarakan. Namun hakikatnya perbezaan itu jauh lebih besar. Kalau dulu cikgu semua muak asyik tengok muka aku naik atas pentas untuk terima anugerah pelajar terbaik, sekarang aku hanya student biasa. Nak duduk sama-sama meraikan mereka yang cemerlang tu pun aku rasa aku tak layak. Aku dah jauh tersasar. Aku tak konsisten.

Sumpah aku rindu zaman kegemilangan itu. Sumpah aku rindu untuk buat mama & papa bahagia dengan kejayaan aku. Aku tak nak dengar mereka redha dengan keputusan aku yang tak seberapa ini. Aku malu.

Aku ingin bangkit. Ingin berjaya seperti dahulu. Ingin merasai manisnya kejayaan itu sekali lagi. Aku akan tebus segala kegagalan aku yang dulu. Untuk aku, untuk masa depan dan untuk mama papa. Insyaallah. Doakan kejayaan aku.


~najwa

p/s: Rasanya mulai sekarang aku harus cuba untuk berubah seperti dahulu. Perlu mula menghafal ayat al-Quran dan doa-doa semula. Perlu lebih dekatkan diri kepada sang Khaliq.

Marah, Amarah, Panas.

I need some anger management sessions. I have anger management issues. Aku cepat melenting. Aku cepat marah. Aku cepat panas. Or whatever shit you call them.

Tapi jenis aku bila marah aku akan senyap. Aku akan pendam. Aku tak akan lepaskan kat orang lain. Aku akan rasa sakit hati tu sorang-sorang. Muka akan automatically berubah. Tiba-tiba akan senyap dan tak hiraukan orang lain.

Tapi, macam mana cepat aku marah, macam tu jugak la cepat aku akan cool down balik. Aku tak suka marah lama-lama. Kadang-kadang aku rasa bila aku pendam marah tu dalam hati, ianya hanya akan memakan hati aku dan menjadikan aku seorang yang lebih monster di masa akan datang. Seorang yang bukan anger-resistant. Crap! Aku diam tapi dalam hati segala jenis caci maki hamun keluar. Ada orang datang mintak biskut daripada aku pun aku rasa macam nak maki je. Kesian dia. Aku nampak sangat bodoh bila berkelakuan begitu. Nampak tak matang. Nampak tak sesuai dengan umur. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa sebab aku selalu ada masalah mengawal perasaan amarah ni. Adakah disebabkan aku dibesarkan dalam keluarga yang selalu marah-marah, tengking-tengking? Or is it because I take all the arguments a little too seriously?

Tiap-tiap kali aku marah, aku sedar; Islam tak ajar umatnya untuk berperasaan sebegini rupa. Islam selalu mengajar umatnya untuk sentiasa bersabar.

Baru tadi aku terasa 'panas' yang amat sangat. Setan la yang datang tiup angin panas tu. Tak ada benda lain lagi dah. Allah nak duga aku. Aku perlu cari 'ubat' untuk penyakit ni segera. Aku tak suka marah-marah. Islam tak suka. Allah tak suka. Ni salah satu perangai yang aku perlu ubah. Aku perlu jadi seorang yang lebih penyabar. Semoga hati ini tetap kuat dan tabah untuk berubah. Amiin~




~najwa

p/s: Ada terbaca artikel tentang mengawal kemarahan menurut Islam. So, here goes:

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

Apa masalah kau? Apa masalah aku?

Aku seorang kawan yang mempunyai sifat possessive dan jealous yang tinggi gila. Bila aku dah rapat dengan seseorang tu, aku akan cepat jealous tengok dia rapat dengan orang lain pulak. Aku selfish. Ya. But that's just who I really am.

Sepanjang aku belajar ni, aku selalu perasan ada sorang minah ni selalu nak fight dengan aku. Dia macam jealous bila tengok aku dapat attention lebih daripada orang lain. Dia macam tak puas hati tengok aku rapat dengan orang lain. Kadang-kadang tu aku tertanya-tanya jugak. Ke aku yang tak puas hati sebenarnya? Masalah aku ke masalah dia?

So aku diamkan je. Kadang-kadang tu aku terasa hati jugak. Ye la, bila dia try cari attention orang lain, dengan member-member aku semua dia nak sapu. Tapi aku diamkan lagi. Walaupun sebenarnya hati ni pedih. Pedih gila. Macam kena siat-siat je rasanya (not that I really actually know how it feels like having your heart torn apart).

Bila kau nak berhenti sakitkan hati aku? Kau kan uber friendly. Tak cukup ke kawan-kawan keliling kau semua tu? Kenapa still nak jadi magnet dan sedut kawa-kawan aku jugak? Apa masalah kau?

If there's one thing that sucks around here, that 'thing' is you.


~najwa

p/s: Mira, I really need you..! :(

Oct 19, 2012

DUGAAN

Bila mana aku sedang seteguh konkrit, sedang sekuat besi, sedang boleh betul-betul-betul melupakan dia, tiba-tiba ada seorang kawan baik ni message aku suruh bukak wall FB dia. Suruh baca status dia. Aku tak nak sebab aku dah memang bertekad gila yang aku dah tak nak bukak wall dia. Tak nak contact dia. Tak nak amek tau lagi pasal dia. Sakit sihat hidup mati sedih gembira dia semua aku dah tak nak amek peduli. But then aku bukak jugak wall dia. ONLY out of curiosity. And I read his status. It says:

"Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku…"

Member baik tu mungkin akan fikir kata-kata pujangga tu untuk aku. Tapi tidak sama sekali. Aku sangat-sangat pasti yang kata-kata tu bukan untuk aku. Pernah aku dengar cerita tentang dia dengan perempuan baru tu ada masalah. Jadi, memang aku uber konfiden yang kata-kata tu bukan untuk aku. Aku sedar. Aku malas nak kaitkan diri aku dengan segala apa yang dia buat. Sebab akhirnya nanti memang aku yang akan terseksa. Aku dah penat terseksa selama ni. Penat seksa diri sendiri untuk bersedih terhadap apa yang telah terjadi. Jadi sekarang, biar aku tak ambil peduli. Mungkin, sebagaimana aku tak kisah tentang dia, dia lagi la dah tak kisah tentang sakit-sihat-hidup-mati-sedih-gembira aku. Biar. Biar macam tu. Sekarang aku dah ada haluan aku, dia dah ada haluan dia.

Tolong jangan ingatkan aku lagi tentang dia. Bukan perangai aku nak memutuskan silaturrahim dengan orang yang aku dah kenal. Tapi aku rasa dengan dia itu satu exception. Aku memang dah tak boleh berhubung dengan dia. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa aku serius sangat, biasalah kalau couple tu nak putus tapi janganlah sampai tak bertegur, tak elok terus putus kawan macam tu je. Aku tahu. Dan normally aku pun tak macam ni dengan orang lain. Dengan dia je. Sebab aku rasa memang perlu. Sebabnya biarlah aku sahaja yang tau. Aku tak perlu seseorang yang akan sentiasa membuat aku merana dunia akhirat bila dia di sisi aku. Tu je yang aku boleh cakap. Jadi tolong jangan remind aku apa-apa lagi tentang dia. Harap kalian-kalian mengerti.

Sekian.


~najwa

p/s: Dugaan je semua ni.

Oct 18, 2012

JAHAT

Aku memang selalunya tak berapa nak baik. Tapi semalam aku memang jahat. Mulut jahat. Hati jahat. Tapi mulut la yang paling jahat sekali. Sebab ada orang buat taik. Aku pulak memang jenis yang tak boleh nak control marah. I really need some anger management sessions. Like seriously. Ugh~

Okay, senang cerita si budak yang buat taik tu mula-mula mess up dengan kitorang. Lepas tu mess up dengan kawan kitorang. Senang cite memang suka messing up dengan orang. Dia bajet macam dia big boss. Siap bagi arahan. Macam kami kuli batak dia. (Okay, sedang marah lagi ni)

And so kami, geng-geng yang sedang bengang, bash dia kat Twitter. Masing-masing melepaskan geram kat Twitter. Masing-masing hashtag nama dia bila Tweet. Kata mereka nak bagi trending nama big boss tu. Aku pun ikut sama. Aku Tweet macam-macam pasal dia. Aku melepaskan rasa tak puas hati kat Twitter. Untung sebab tak ramai budak SPL ada Twitter. Jadi hanya segelintir yang tau. Dan hanya segelintir yang faham. Bagus begitu.

Even so, aku tak de la sampai maki hamun dia. Aku lebih kepada perli-perli cara dia. Tapi hari ni, aku rasa sangat guilty. Bila aku pandang muka dia kat dalam kelas tadi aku rasa macam dia tahu apa yang kami bualkan pasal dia semalam kat Twitter. Aku tak sampai hati nak buat macam tu. Then it finally hit me that I've been very bad.

Aku sedar.
Aku datang sini untuk berkawan.
Aku datang sini untuk belajar.
Aku datang sini bukan untuk buat musuh.
Aku datang sini bukan untuk hidup dalam kebencian.
Aku dah tak nak hidup dalam perasaan macam ni.

Maka dengan itu aku akan berdamai. Aku akan maafkan dia. Tapi lepas ni kalau dia buat taik lagi, memang aku akan pangkah sehabis-habisnya.

So, dear Hawa, aku mintak maaf sebab cakap yang bukan-bukan pasal kau. Aku harap pasni kau tak buat macam tu lagi.

~najwa

Oct 12, 2012

Suatu Pernah [Fynn Jamal]

Lagi daripada Kak Fynn. Memang mantap lah dia ni. Oh, untuk engkau, wahai si orang itu.
So here goes:

"habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...



dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.



terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.



takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.



terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.



dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.



pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah."


tentang cinta yang pernah.

p/s: this is going to be the last post about him. about us. insyaallah.

~najwa

Oct 11, 2012

Kepada engkau.

Ini dari Fynn Jamal. Somehow bila aku baca, it reminds me of that someone yang pernah ada dalam hati ini. Yes, he left. Tapi perginya dia meninggalkan bekas. Sekarang 'bekas' itu kecil. Tapi tetap ada. Ye, ini untuk engkau. :)

Jantung, diam
Akal, diam
Urat, diam.

Mencari nafas di dalam hati
Mencari nyawa di dalam diri
Mendiri cinta pada yang tak sudi
Mencari harga diri.

Aku gadis yang disampah-sampahkan
Aku gadis yang dihilangkan
Aku pecinta yang ingin disayang
Aku ini bukan milik orang

Mencari diri dalam kamu
Mencari maruah diri di dalam cinta kamu
Mencari nafas yang telah dimatikan
Mencari langit yg telah pernah engkau kuningkan

Mencari aku
Mencari engkau
Mencari kita
Mencari dia yang kau cinta

Mengapa cinta ini kau tolak ke tepi
Kau tolakkan kepala ini
Mencari rasa
Mencari dia
Mencari harga diri yang kau lelongkan
Ke tepi

Ke dalam api
Ke dalam api
Ke dalam api
Ke dalam api

Aku ini perempuan
Yang telah pun kau lelong
Lelongkan pada langit itu

Aku perempuan itu
Perempuan yang bodoh itu
Mengapa aku dibiar di sini
Mengapa aku dibiar kau pergi
Mengapa aku disini
Kamu di situ berbahagia selalu?!

Mencari diri
Mencari diri
Mencari aku
Mencari kamu
Mencari dia
Mencari semua
Mencari segala
Mencari semua

Mengapa cinta
Mengapa sayang
Mengapa rasa ini kau buangkan sekarang?

Jiwa, diam.
Mata, pejam.
Hidung, diam.
Mulut, diam.
Segala diam
Dunia memejam memandang aku:

"Hey bodoh kamu,
Pergilah engkau,
Dia bukan milikmu.
Pergilah engkau
Dia bukan milikmu lagi
Cinta kamu dimamah api."

Mengapa aku di sini
Aku menunggu kamu
Si orang itu

Mengapa aku di sini mengharapkan cinta yang sudah pergi!
Yang sudah pergi!

Mengapa aku mengharap lagi?
Mengapa aku masih di sini?
Mengharap sementara cinta
Mengharapkan pada yang tiada
Tiada
Tiada
Tiada

"tunggulah. satu hari, aku pasti penat" - Fynn Jamal

Aku pasti penat.

~najwa

Apr 24, 2009

i don't WON'T trust them anymore!!!

now i know.
it's true.
people nowadays are untrustworthy.
i f***** hate them.
i won't tell them anything anymore.
that's the end point.
right now, i'm not going to mingle with them.
i'm not in the mood to talk to them.
so, THE TRIPLE A's, YOU BETTER NOT TALK TO ME RIGHT NOW!!!!!







i've lost my mood!!
thnks guys for ruining my day!



stupide amis










4 days.

Apr 20, 2009

i'm sorry


my friends,
i had moodswing today.
it started with my face.
there's something wrong with my face.
it was oily && smelly.
i don't know what it was!
darn itt!!

that was first,
then, i discovered something uneasy.(let it be a secret.)
then, Aaaaaaaaaaaaa seemed like she refused to help me with my maths.
then, Aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii suddenly appeared and pinch me and hit me.
she was joking.
but i was not in the mood for jokes!
i pulled a face on her and that was the limit.
my mood was ruined!
until the end of school day

Amani asked me twice, "Wa, what's wrong with you?"
then it was Amed, in Bio lab, "Wa, is something wrong?"

and i answered, "i'm doing fine!"

i'm such a big liar.
nothing's fine today.
i was tensed at school today.

hurm.
but as soon as i reached my dorm,
i felt a rush of regret for behaving like that to my friends.

so, my dear geng bulat..

i love you guys.

sorry for my behavior at school today.

sorry3..

désolé pour tout..

je t'aime ma copine..!!

from my heart,
nudgewa






















8 days.

Feb 10, 2009

correction..!

got something to correct here..
Suhail did not get an offer from MRSM..
he got a BETTER offer in fact.
He got an offer from SBPI (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi).
A very good school near the Malaysia-Thailand border.
now THAT was far away..

anyway, my prayers are always with you..
best of luck!
=D