I just got back from a very tiring camp. The camp was called Senior Junior Camp. Dan pada malam penutup camp tu ada persembahan kebudayaan. Dan pada malam tu group aku, Super Seven (team mates are Fakhrur, Bessy, Maharani, Shobana, Eiqa, Wei Fern, Siew Fong and Daud), dapat task untuk mempersembahan sebuah puisidra. Apa itu? Gabungan puisi dan drama. Temanya 'Satu Nafas Baru'. Bila dapat tau je ada puisi, aku terus volunteer untuk buat puisi tu. Almaklumlah, sejak kebelakangan ni asyik berjiwa puitis je bila dengar dan baca hasil karya Kak Fynn Jamal. So I came up with this (its a bit long. so, please bear with it :D ) :
Pendidikan separa tinggi,
HABIS!
Kini menuju yang lebih tinggi.
Mara selangkah lebih dekat.
Habis hancur, habis kecewa,
Bila hati melihat warkah.
Hati menjerit, hati berkata,
Ini buka yang aku mahu.
BUKAN!
Bila ditanya pada ramai,
Ada yang kata tidak.
Ramai hanya kata, 'Redha jelaaa~'
OK!
Aku terima!
Aku sahut!
Sekejap, kini di bandara.
Ku tatap wajah ayah.
Ku tatap wajah ibu.
Ku genggam erat
Dan ku kucup tangan mereka.
Dahi dicium.
Mata ini lantas bergenang.
Mata itu juga bergenang.
Dengan itu aku pergi.
Dengan itu aku bawa bersama:
Harapan, pesanan dan nasihat ayah ibu.
Akhirnya tiba,
Perasaan berkocak.
Dada berombak.
Sedihkah? Marahkah?
Kelirukah? Atau gembirakah?
Sungguh, aku tidak tahu.
Rasa ini tak terleraikan.
Indah. Memang tempat ini indah.
Aku bagai jatuh cinta pandang pertama.
Aku suka.
Tapi salji tak kekal.
Begitu juga gembira itu.
Dikhabarkan perlu berpindah.
Ke mana? Ke tempat yang lain.
Ceruk. Pedalaman. Kampung. Katanyalah.
OMG!
Hati ini terdetik, bisakah bertahan?
Persetan, pasakku teguh untukmu.
Mungkin taufan akan surut.
Tetap datang petir ribut.
Tak apa!
Setiapnya aku sambut.
Untukmu, aku takkan takut!
Bumi berputar.
Hari tetap bertukar.
Aku terima.
Aku akur.
Jika ini jalannya,
akan ku perjuangkan sehabis jiwaku.
Jika ini jalannya,
Aku tak kan mengaku kalah.
Alah bisa tegal biasa.
Dari benci jadi cinta.
Mula dulu rasa terseksa.
Tapi sekarang aku suka.
Ijazah itu, Sijil itu,
Demi ayah, demi ibu,
Demi aku, demi masa depan,
Pasakku akan tetap teguh!!!
p/s: note that in some parts of this (so-called) puisi ada lirik Fynn Jamal sikit aku amek. Sebab kebetulan lirik tu macam sesuai je. :))
Di siapkan dalam masa 2 jam, aku rasa aku puas hati dengan puisi ni. Team mates pun banyak bagi kerjasama masa mementaskan drama puisi ni. Good job Super Seven! :D
~najwa.
No comments:
Post a Comment