Oct 25, 2012

There are reasons for my every behavior

Setiap kelakuan tu bersebab. Semua orang macam tu. Aku pun macam tu. Setiap kelakuan aku yang dianggap pelik oleh segelintir manusia, semuanya bersebab.

Contohnya, orang tak pernah faham bila aku kata aku boleh keluar sorang-sorang. Bukannya aku berlagak, tapi memang aku rasa aku boleh independent.

Aku rasa lebih selesa kalau keluar sorang-sorang. Sebab kalau keluar sorang-sorang ni aku tak payah pikir nak menyusahkan orang lain yang kena teman aku sepanjang masa. Yela, kalau nak ikut semata-mata nak teman aku ke hulu ke hilir cari barang, mesti bosan kan. So, aku malas la nak membosankan orang sebab diri aku sendiri.

Lagi, kalau keluar sorang-sorang ni kita boleh bebas nak pergi ke mana sahaja, bila-bila masa yang kita suka. Tak payah nak kalut fikir pasal orang lain nak pergi mana, kita nak pergi mana.

Dan lagi, kalau keluar sorang-sorang ni senang nak plan journey kita. Macam aku, kadang-kadang aku lebih selesa naik public transport (sebab tu je yang aku mampu bila travel berseorang. Murah, lebih selamat sebab aku belum berapa cekap lagi bawak kereta). So I've got everything well planned. Suddenly macam ramai yang nak ikut. Aku tak kesah la. Suddenly decide nak sewa kereta. Aku tak kisah lagi. Esok tu, SUDDENLY kereta sewa tu tak ada. Haa~ Hamekkau! Ni yang aku tak suka ni. Hancur segala plan aku. Dah la ada banyak benda nak uruskan. Ada kelas pulak nanti. Nak kena kejar masa. Nak naik public dah tak sempat sebab da lewat. Time wasted just like that. Yeah, thank you very much. Hmm~

Ye, aku tau. Keselamatan itu penting. Sebab tu aku ajak sorang untuk teman. Keluar berdua je dah cukup memadai untuk aku. Tak perlu la ramai-ramai. Lagipun, pikir logik la. Kalau adik-adik sekolah menengah kat sini boleh naik public sengsorang dia, kenapa aku tak boleh? Aku hargai kawan-kawan yang amek berat pasal aku and pasal semua ni. Korang risau. Aku tahu. Terima kasih. Tapi aku yang akan jadi tak selesa nanti.

So tolong la faham. There are reasons for my every behavior.

~najwa

p/s: Siyes bukan post ni untuk berlagak independent. Hanya mahu mereka mengerti.

No comments: