Oct 31, 2012

Lesen! Oh, lesen!

Ok, so, I promise this is going to be a veeeeeery short post.

After months and months of classes and waiting, I finally got my driver's license..! Yeay! :))

Thanks to Mimi Landak for making me all nervous sebab da 2 bulan pass test JPJ tapi tetap tak pergi amek lesen. So last Monday I made up my mind that I MUST GO TAKE THAT P LICENSE AT JPJ! NO MATTER WHAT!

Luckily Hawa was there. She drove the car. I went out & about with Hawa, Syikin, Na and Atiq. It was a very fun day! :)

So, back to our main intention, here goes, I present to you..... My P license. Alhamdulillah :)


~najwa

p/s: Do watch out for little miss Najwa on the road! B)

Oct 28, 2012

Tentang belajar: Kawan-kawan yang pergi belajar oberseas.

Siapa yang jadi rakyat jati Brunei memanglah amat bertuah. Senang giloss nak dapat scholarship untuk pergi belajar overseas. Sebab Brunei kaya. Dan sebab Brunei kecik. So there are less competition. Member-member aku masa kat STPRI (Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri) and kat Brunei dulu majoritinya dah pergi sambung belajar kat luar negara. I is so jelly :( Below are some of the lucky peoples:

Sakina Jumat, University of Bristol (UK). (No picture)

Siti Syakina (the one in black tudung), University of Leeds (UK), BSc Neuroscience.

Hanisah Majidah, University of Southampton (UK), Psychology.

Wafaa Mohammad, Durham University (UK).

Aqirah Norizan, University of Edinburgh (UK).

Dk. Nurain, Northumbria University (UK), BA Fine Art.

Fatimah Abusufian, Keele University (UK), International Relations.

Naqibah Fadzil, University of Essex (UK), Accounting.

Nadzirah Abdullah (right), University of Kent (UK), Psychology.

Amal Sufian (the one without tudung), University of Kent (UK).

Asyiqin Ismail, University of Exeter (UK).

Rasyidah Mazlan, University of Warwick (UK).



Bila la agaknya turn aku kan.. Hmm~

~najwa

p/s: Tula, dulu bajet je cakap tak nak study overseas la apa la. Kan skang da jeles tengok orang lain pergi belajar overseas. Huhu.

Oct 25, 2012

There are reasons for my every behavior

Setiap kelakuan tu bersebab. Semua orang macam tu. Aku pun macam tu. Setiap kelakuan aku yang dianggap pelik oleh segelintir manusia, semuanya bersebab.

Contohnya, orang tak pernah faham bila aku kata aku boleh keluar sorang-sorang. Bukannya aku berlagak, tapi memang aku rasa aku boleh independent.

Aku rasa lebih selesa kalau keluar sorang-sorang. Sebab kalau keluar sorang-sorang ni aku tak payah pikir nak menyusahkan orang lain yang kena teman aku sepanjang masa. Yela, kalau nak ikut semata-mata nak teman aku ke hulu ke hilir cari barang, mesti bosan kan. So, aku malas la nak membosankan orang sebab diri aku sendiri.

Lagi, kalau keluar sorang-sorang ni kita boleh bebas nak pergi ke mana sahaja, bila-bila masa yang kita suka. Tak payah nak kalut fikir pasal orang lain nak pergi mana, kita nak pergi mana.

Dan lagi, kalau keluar sorang-sorang ni senang nak plan journey kita. Macam aku, kadang-kadang aku lebih selesa naik public transport (sebab tu je yang aku mampu bila travel berseorang. Murah, lebih selamat sebab aku belum berapa cekap lagi bawak kereta). So I've got everything well planned. Suddenly macam ramai yang nak ikut. Aku tak kesah la. Suddenly decide nak sewa kereta. Aku tak kisah lagi. Esok tu, SUDDENLY kereta sewa tu tak ada. Haa~ Hamekkau! Ni yang aku tak suka ni. Hancur segala plan aku. Dah la ada banyak benda nak uruskan. Ada kelas pulak nanti. Nak kena kejar masa. Nak naik public dah tak sempat sebab da lewat. Time wasted just like that. Yeah, thank you very much. Hmm~

Ye, aku tau. Keselamatan itu penting. Sebab tu aku ajak sorang untuk teman. Keluar berdua je dah cukup memadai untuk aku. Tak perlu la ramai-ramai. Lagipun, pikir logik la. Kalau adik-adik sekolah menengah kat sini boleh naik public sengsorang dia, kenapa aku tak boleh? Aku hargai kawan-kawan yang amek berat pasal aku and pasal semua ni. Korang risau. Aku tahu. Terima kasih. Tapi aku yang akan jadi tak selesa nanti.

So tolong la faham. There are reasons for my every behavior.

~najwa

p/s: Siyes bukan post ni untuk berlagak independent. Hanya mahu mereka mengerti.

Oct 24, 2012

Tentang sifat ke-negeri-an.

[For God's sake Najwa. Four posts within the last two hours? You sure have a lot of things to say]

Ehem. Ehem.

Merujuk title di atas. Agak-agak bila disebut tentang sifat 'ke-negeri-an', negeri mana agaknya yang menerjah masuk ke minda?

Meh sini nak jawab. Senang je. Kelantan.

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab di kalangan orang-orang Kelantan ni, walau bergaduh macam mana pun, walau kutuk sesama sendiri macam mana pun dia tetap akan duduk dengan sek-sek dia.

Contoh terdekat. Ada sorang budak kuliah aku ni, Si H, budak Kelantan. Okay-okay je dia ni. Biasa-biasa je. Pastu dua minggu kemudian masuk la budak second intake pulak. Pun dari Kelantan, Si D. Si D dengan geng-geng dia ni stok-stok budak-budak nakal yang suka buat bising and hence mengganggu ketenteraman kuliah kitorang. So, Si H ni pun melenting la. Memarah dengan segala amarahnya dekat Si D ni. Siap post secara terang-terangan lagi kat page Facebook kitorang. Aigoo~

Pastu baru-baru ni ada final bola Malaysia Cup ke kejadah apa entah. Tapi yang penting bola la. Okay, memang aku tak sangkal. Kelantan memang hebak bab-bab bola neh. So sek-sek Kelantan pun sume excited. Yang membenci, yang memaki, yang menghamun dulu dah elok bertegur dah sekarang. #Eh. *ternganga*

Lepas tu yang mengejutkan aku, tadi sehabis kelas Mandarin, aku nampak Si H duduk semeja dengan Si D. Waddefak? Apakah itu? Kalau bukan hipokrit, mesti sifat ke-negeri-an kan? Hahaha [sarkastik laugh kat situ]

Oh, ada lagi sorang. Dulu dia kutuk Si H. Tapi entah kenapa semenjak dua menjak ni dah macam bestfriend pulak dengan Si H tu. Dia orang Kelantan jugak. Apakah itu? Kalau bukan hipokrit, mesti sifat ke-negeri-an kan? Hahaha [sarkastik laugh lagi kat situ]

Bagus lah tu kan kalau mereka dah berkawan. Lebih molek daripada bermusuh dan membenci terus.

Pening aku memikir pasal karenah 'Orang Kelantan' ni. Sesungguhnya diorang ni punya semangat ke-negeri-an yang sangat kuat. [Agaknya tu yang selalu menang bola tu] Nak bersemangat ke-negeri-an tu boleh. Tapi tolong jangan sampai orang keliling naik menyampah. Okay? Okay. Terima kasih.

~najwa

p/s: Gomo Kelate Gomo! [WTF? -____-"]

Tentang belajar: Aku; dulu dan sekarang.

Aku tertanya-tanya. Kenapa dulu masa belajar aku senang je nak hafal semua benda. Senang je nak faham semua. Sekarang ni, jangan nak kata hafal or faham, nak membaca pun aku tergagap. Teruk.

So, aku reflect balik aku dulu dan sekarang.

Dulu aku senyap. Sekarang aku bising gila. Mungkin sebab tu aku susah nak terima ilmu. Banyak sangat perkara lagha dalam otak aku ni.

Dulu masa kat sekolah ugama aku rajin hafal ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Mungkin sebab tu la aku senang nak hafal ilmu sampingan yang lain. Sekarang, jangan nak kata hafal semua tu. Nak baca al-Quran pun susah. Teruk! Facepalm sikit!

Dulu aku tak banyak kawan. So fikiran aku selalunya hanya akan fokus kepada pelajaran. Tu yang cemerlang tu. Sekarang aku banyak kawan. Aku happy, tapi pelajaran aku tunggang langgang. Aku stress. Demm~

Dulu aku ada family yang sentiasa pantau aku. Walau macam mana shitty pun keadaan sekeliling, mereka tetap ada. Entah macam mana menjadi pendorong aku untuk berjaya. Papa peneman aku untuk stay up study. Sekarang aku jauh daripada family. Contact pun jarang sekali. Semangat diorang terasa lebih jauh. Dan bila jauh, aku susah nak stay up untuk study. Aku penakut. Chicken!

Mungkin juga hati ini terlalu gelap dan hitam dengan dosa-dosa lampau yang menyebabkan aku susah untuk terima ilmu ini. Pasti. Perlu segera taubat dan minta ampun. Aku tahu. Kuatkanlah hati ini Ya Allah!

Hanya 4 perbezaan dulu dan sekarang yang dapat aku keutarakan. Namun hakikatnya perbezaan itu jauh lebih besar. Kalau dulu cikgu semua muak asyik tengok muka aku naik atas pentas untuk terima anugerah pelajar terbaik, sekarang aku hanya student biasa. Nak duduk sama-sama meraikan mereka yang cemerlang tu pun aku rasa aku tak layak. Aku dah jauh tersasar. Aku tak konsisten.

Sumpah aku rindu zaman kegemilangan itu. Sumpah aku rindu untuk buat mama & papa bahagia dengan kejayaan aku. Aku tak nak dengar mereka redha dengan keputusan aku yang tak seberapa ini. Aku malu.

Aku ingin bangkit. Ingin berjaya seperti dahulu. Ingin merasai manisnya kejayaan itu sekali lagi. Aku akan tebus segala kegagalan aku yang dulu. Untuk aku, untuk masa depan dan untuk mama papa. Insyaallah. Doakan kejayaan aku.


~najwa

p/s: Rasanya mulai sekarang aku harus cuba untuk berubah seperti dahulu. Perlu mula menghafal ayat al-Quran dan doa-doa semula. Perlu lebih dekatkan diri kepada sang Khaliq.

Marah, Amarah, Panas.

I need some anger management sessions. I have anger management issues. Aku cepat melenting. Aku cepat marah. Aku cepat panas. Or whatever shit you call them.

Tapi jenis aku bila marah aku akan senyap. Aku akan pendam. Aku tak akan lepaskan kat orang lain. Aku akan rasa sakit hati tu sorang-sorang. Muka akan automatically berubah. Tiba-tiba akan senyap dan tak hiraukan orang lain.

Tapi, macam mana cepat aku marah, macam tu jugak la cepat aku akan cool down balik. Aku tak suka marah lama-lama. Kadang-kadang aku rasa bila aku pendam marah tu dalam hati, ianya hanya akan memakan hati aku dan menjadikan aku seorang yang lebih monster di masa akan datang. Seorang yang bukan anger-resistant. Crap! Aku diam tapi dalam hati segala jenis caci maki hamun keluar. Ada orang datang mintak biskut daripada aku pun aku rasa macam nak maki je. Kesian dia. Aku nampak sangat bodoh bila berkelakuan begitu. Nampak tak matang. Nampak tak sesuai dengan umur. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apa sebab aku selalu ada masalah mengawal perasaan amarah ni. Adakah disebabkan aku dibesarkan dalam keluarga yang selalu marah-marah, tengking-tengking? Or is it because I take all the arguments a little too seriously?

Tiap-tiap kali aku marah, aku sedar; Islam tak ajar umatnya untuk berperasaan sebegini rupa. Islam selalu mengajar umatnya untuk sentiasa bersabar.

Baru tadi aku terasa 'panas' yang amat sangat. Setan la yang datang tiup angin panas tu. Tak ada benda lain lagi dah. Allah nak duga aku. Aku perlu cari 'ubat' untuk penyakit ni segera. Aku tak suka marah-marah. Islam tak suka. Allah tak suka. Ni salah satu perangai yang aku perlu ubah. Aku perlu jadi seorang yang lebih penyabar. Semoga hati ini tetap kuat dan tabah untuk berubah. Amiin~




~najwa

p/s: Ada terbaca artikel tentang mengawal kemarahan menurut Islam. So, here goes:

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

Apa masalah kau? Apa masalah aku?

Aku seorang kawan yang mempunyai sifat possessive dan jealous yang tinggi gila. Bila aku dah rapat dengan seseorang tu, aku akan cepat jealous tengok dia rapat dengan orang lain pulak. Aku selfish. Ya. But that's just who I really am.

Sepanjang aku belajar ni, aku selalu perasan ada sorang minah ni selalu nak fight dengan aku. Dia macam jealous bila tengok aku dapat attention lebih daripada orang lain. Dia macam tak puas hati tengok aku rapat dengan orang lain. Kadang-kadang tu aku tertanya-tanya jugak. Ke aku yang tak puas hati sebenarnya? Masalah aku ke masalah dia?

So aku diamkan je. Kadang-kadang tu aku terasa hati jugak. Ye la, bila dia try cari attention orang lain, dengan member-member aku semua dia nak sapu. Tapi aku diamkan lagi. Walaupun sebenarnya hati ni pedih. Pedih gila. Macam kena siat-siat je rasanya (not that I really actually know how it feels like having your heart torn apart).

Bila kau nak berhenti sakitkan hati aku? Kau kan uber friendly. Tak cukup ke kawan-kawan keliling kau semua tu? Kenapa still nak jadi magnet dan sedut kawa-kawan aku jugak? Apa masalah kau?

If there's one thing that sucks around here, that 'thing' is you.


~najwa

p/s: Mira, I really need you..! :(

Oct 21, 2012

The Social Realist

And so I took a personality test. The results says that I'm a Social Realist. What does it mean actually? Here, read this:

Social Realists like you are popular persons full of energy. You are reliable, well organized and helpful. Traditional values are important to you. Founding a family also plays a central role in your life. Social Realists have a marked social streak. You are always ready to listen to the worries and problems of others and spare no effort when you are asked for help (every personality tests that I took says I'm like this. A good listener they say). With empathy and understanding, you can sense what other people need. You are always willing to highly regard the strong points of the other person and to excuse that person’s weaknesses. You are the most sociable of all personality types. Social contacts are very important to you.

Social Realists find it very difficult to cope with conflicts and criticism - harmony is your elixir of life. Acknowledgement and esteem are very important to you. Differentiation on the other hand is not necessarily one of your strong points. At work and in partnerships, you are loyal, committed and always there when needed. You find it easy to make friends due to your open, warm manner and you have a large circle of friends. Social Realists are more conservative types. You have a set system of values and rules. You prefer clear, structured surroundings and work processes; you find too much change and unrest unpleasant (so true). Your strong points are carefulness and reliability and not so much flexibility and spontaneity. Social Realists are open-minded towards anything new only to a limited extent. But, should one be looking for someone to fulfill a task reliably and exactly, you are the right person.

The Social Realist is the most social among all personality types. For you, it is essential to choose a profession where you can deal with as many people as possible. You recharge your batteries with the help of people contact and the personal exchanges needed for your very special talents to unfold. You are the prototype of the caring person in the positive sense, because you love to act on behalf of others and care for them. If you have the impression that there is a way to contribute by improving the quality of their life, it satisfies you more than anything.

For your type, the feeling to be needed, loved, and appreciated is more than vitally necessary. Therefore, working in seclusion is not for you. It is just too much counter to your extroverted nature, and your need for interpersonal interaction.You have the best ideas during dialogues with others, as they stimulate your creativity. Instead of developing abstract aid projects with the help of a drawing board, you prefer to engage yourself on the frontlines with person to person contact. For you, it is important to see the results of your work so you can go home feeling that you (again) made the world a better place - at least a bit.

You are a born team player. You are open and communicative, easily integrating yourself into group hierarchies. For your personality type, harmony is the keyword in your personal, as well as in your professional life. Since conflicts and power struggles seriously stress you making it difficult for you to attend to your tasks, you should put your emphasis on working in a stress free, respectful, and affectionate environment. Working environments continuously affected by tough infighting, and where competitive conflicts are intense represent too great a strain.








So, yeah. I'm a social realist. :)

~najwa

p/s: Want to know what your personality test says about you? Take it here

blog banner

Perasan tak? Perasan tak? Saya dah tukar blog banner baru. Sepanjang hari habis sebab nak buat banner tu. Tapi macam cacat la banner tu. Macam terlalu obses ke diri sendiri pulak. Saya sendiri pun naik annoying tengok banner tu. Hahaha~ Issokay. Nanti saya akan ubah. Buat yang baru. But it takes time la. To do it all over again. From scratch. Hehuu..~

~najwa

Oct 19, 2012

Fakta anak kedua :)

Well someone posted this in our SPL page. And I found it mostly about the same as me. Have fun reading (especially if you're the second child in the family :D).

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

*terkena batang hidung sendiri*

~najwa

p/s: copy paste sejaaa.. :)

DUGAAN

Bila mana aku sedang seteguh konkrit, sedang sekuat besi, sedang boleh betul-betul-betul melupakan dia, tiba-tiba ada seorang kawan baik ni message aku suruh bukak wall FB dia. Suruh baca status dia. Aku tak nak sebab aku dah memang bertekad gila yang aku dah tak nak bukak wall dia. Tak nak contact dia. Tak nak amek tau lagi pasal dia. Sakit sihat hidup mati sedih gembira dia semua aku dah tak nak amek peduli. But then aku bukak jugak wall dia. ONLY out of curiosity. And I read his status. It says:

"Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku…"

Member baik tu mungkin akan fikir kata-kata pujangga tu untuk aku. Tapi tidak sama sekali. Aku sangat-sangat pasti yang kata-kata tu bukan untuk aku. Pernah aku dengar cerita tentang dia dengan perempuan baru tu ada masalah. Jadi, memang aku uber konfiden yang kata-kata tu bukan untuk aku. Aku sedar. Aku malas nak kaitkan diri aku dengan segala apa yang dia buat. Sebab akhirnya nanti memang aku yang akan terseksa. Aku dah penat terseksa selama ni. Penat seksa diri sendiri untuk bersedih terhadap apa yang telah terjadi. Jadi sekarang, biar aku tak ambil peduli. Mungkin, sebagaimana aku tak kisah tentang dia, dia lagi la dah tak kisah tentang sakit-sihat-hidup-mati-sedih-gembira aku. Biar. Biar macam tu. Sekarang aku dah ada haluan aku, dia dah ada haluan dia.

Tolong jangan ingatkan aku lagi tentang dia. Bukan perangai aku nak memutuskan silaturrahim dengan orang yang aku dah kenal. Tapi aku rasa dengan dia itu satu exception. Aku memang dah tak boleh berhubung dengan dia. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa aku serius sangat, biasalah kalau couple tu nak putus tapi janganlah sampai tak bertegur, tak elok terus putus kawan macam tu je. Aku tahu. Dan normally aku pun tak macam ni dengan orang lain. Dengan dia je. Sebab aku rasa memang perlu. Sebabnya biarlah aku sahaja yang tau. Aku tak perlu seseorang yang akan sentiasa membuat aku merana dunia akhirat bila dia di sisi aku. Tu je yang aku boleh cakap. Jadi tolong jangan remind aku apa-apa lagi tentang dia. Harap kalian-kalian mengerti.

Sekian.


~najwa

p/s: Dugaan je semua ni.

Oct 18, 2012

JAHAT

Aku memang selalunya tak berapa nak baik. Tapi semalam aku memang jahat. Mulut jahat. Hati jahat. Tapi mulut la yang paling jahat sekali. Sebab ada orang buat taik. Aku pulak memang jenis yang tak boleh nak control marah. I really need some anger management sessions. Like seriously. Ugh~

Okay, senang cerita si budak yang buat taik tu mula-mula mess up dengan kitorang. Lepas tu mess up dengan kawan kitorang. Senang cite memang suka messing up dengan orang. Dia bajet macam dia big boss. Siap bagi arahan. Macam kami kuli batak dia. (Okay, sedang marah lagi ni)

And so kami, geng-geng yang sedang bengang, bash dia kat Twitter. Masing-masing melepaskan geram kat Twitter. Masing-masing hashtag nama dia bila Tweet. Kata mereka nak bagi trending nama big boss tu. Aku pun ikut sama. Aku Tweet macam-macam pasal dia. Aku melepaskan rasa tak puas hati kat Twitter. Untung sebab tak ramai budak SPL ada Twitter. Jadi hanya segelintir yang tau. Dan hanya segelintir yang faham. Bagus begitu.

Even so, aku tak de la sampai maki hamun dia. Aku lebih kepada perli-perli cara dia. Tapi hari ni, aku rasa sangat guilty. Bila aku pandang muka dia kat dalam kelas tadi aku rasa macam dia tahu apa yang kami bualkan pasal dia semalam kat Twitter. Aku tak sampai hati nak buat macam tu. Then it finally hit me that I've been very bad.

Aku sedar.
Aku datang sini untuk berkawan.
Aku datang sini untuk belajar.
Aku datang sini bukan untuk buat musuh.
Aku datang sini bukan untuk hidup dalam kebencian.
Aku dah tak nak hidup dalam perasaan macam ni.

Maka dengan itu aku akan berdamai. Aku akan maafkan dia. Tapi lepas ni kalau dia buat taik lagi, memang aku akan pangkah sehabis-habisnya.

So, dear Hawa, aku mintak maaf sebab cakap yang bukan-bukan pasal kau. Aku harap pasni kau tak buat macam tu lagi.

~najwa

Oct 12, 2012

Suatu Pernah [Fynn Jamal]

Lagi daripada Kak Fynn. Memang mantap lah dia ni. Oh, untuk engkau, wahai si orang itu.
So here goes:

"habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...



dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.



terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.



takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.



terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.



dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.



pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah."


tentang cinta yang pernah.

p/s: this is going to be the last post about him. about us. insyaallah.

~najwa

Jangan jatuh. Untuk Mira.

Mira kawan aku yang dapat satu universiti dengan aku. Bezanya kami cuma kampus. Dia induk, aku Sandakan. Bezanya kami lagi aku tahan, dia tidak. Aku rasa aku pun akan seperti dia kalau aku duduk di bumi Sabah tanpa rakan. Tanpa teman. Aku pun akan berputus harap seperti dia. And lastly, dia decide untuk pindah. Dia dapat UiTM Shah Alam. Jadi Mira, ini untuk kau. JANGAN JATUH. (Hasil karya Fynn Jamal. Macam sesuai je untuk Mira. :D)

Perasaan yang terlalu menakutkan
Perasaan yang terlalu menyeramkan

Aku ditinggal di tepi jalan
Aku ditinggal tanpa rakan dan taulan

Celakanya perasaan ini
Ku fikirkan aku bisa berdiri sendiri
Terlalu percaya pada kudrat diri
Sampai aku lupa yang aku tak mampu berdiri

Tapi bukan sebenarnya aku ini tak mahu
Bukanya aku tak mahu ditinggalkan seperti dulu
Tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama-sama kamu

Celakalah engkau
Yang memaksa aku diajar
Untuk memegang tangan itu
Bila dibiarkan aku sendirian; ah~

Celaka
Celaka
Celaka
Celaka

Jangan jatuh
Jangan jatuh
Jangan jatuh
Jangan jatuh
Jangan jatuh
Jangan jatuh!
Jangan jatuh!!
JANGAN JATUH!!!

Semua orang memaksa aku
Terjatuh-jatuh
Dan aku bisikkan pada jiwa aku
Yang kulit ini tak akan melepuh

Ku biarkan siapa
Jutanya berada di belakang telinga
Ku biar saja
Aku kata,
"Aku takkan jatuh kerana dia"
Aku takkan jatuh semata!
Semata dia

Jangan jatuh-jatuh
Jangan jatuh-jatuh
Jangan jatuh-jatuh
Jangan jatuh!

Walau apa juga kata satu dunia;
Tentang harus mati seorang kamu.
Walau bagaimana meyakinkan~~
Jangan Jatuh!


p/s: Mira, aku tak pernah terasa bila kau cakap kau nak pindah. Tapi sedih tu memang ada. Sorry aku tak dapat nak ada dengan kau sepanjang masa kau dalam kesusahan. Aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Apa-apa pun, kita akan tetap bersama selamanya. :) Aku sayang kau MIRA!! Jangan jatuh kat UiTM nanti. Kuat ye sayang.



:)

~najwa

Oct 11, 2012

Kepada engkau.

Ini dari Fynn Jamal. Somehow bila aku baca, it reminds me of that someone yang pernah ada dalam hati ini. Yes, he left. Tapi perginya dia meninggalkan bekas. Sekarang 'bekas' itu kecil. Tapi tetap ada. Ye, ini untuk engkau. :)

Jantung, diam
Akal, diam
Urat, diam.

Mencari nafas di dalam hati
Mencari nyawa di dalam diri
Mendiri cinta pada yang tak sudi
Mencari harga diri.

Aku gadis yang disampah-sampahkan
Aku gadis yang dihilangkan
Aku pecinta yang ingin disayang
Aku ini bukan milik orang

Mencari diri dalam kamu
Mencari maruah diri di dalam cinta kamu
Mencari nafas yang telah dimatikan
Mencari langit yg telah pernah engkau kuningkan

Mencari aku
Mencari engkau
Mencari kita
Mencari dia yang kau cinta

Mengapa cinta ini kau tolak ke tepi
Kau tolakkan kepala ini
Mencari rasa
Mencari dia
Mencari harga diri yang kau lelongkan
Ke tepi

Ke dalam api
Ke dalam api
Ke dalam api
Ke dalam api

Aku ini perempuan
Yang telah pun kau lelong
Lelongkan pada langit itu

Aku perempuan itu
Perempuan yang bodoh itu
Mengapa aku dibiar di sini
Mengapa aku dibiar kau pergi
Mengapa aku disini
Kamu di situ berbahagia selalu?!

Mencari diri
Mencari diri
Mencari aku
Mencari kamu
Mencari dia
Mencari semua
Mencari segala
Mencari semua

Mengapa cinta
Mengapa sayang
Mengapa rasa ini kau buangkan sekarang?

Jiwa, diam.
Mata, pejam.
Hidung, diam.
Mulut, diam.
Segala diam
Dunia memejam memandang aku:

"Hey bodoh kamu,
Pergilah engkau,
Dia bukan milikmu.
Pergilah engkau
Dia bukan milikmu lagi
Cinta kamu dimamah api."

Mengapa aku di sini
Aku menunggu kamu
Si orang itu

Mengapa aku di sini mengharapkan cinta yang sudah pergi!
Yang sudah pergi!

Mengapa aku mengharap lagi?
Mengapa aku masih di sini?
Mengharap sementara cinta
Mengharapkan pada yang tiada
Tiada
Tiada
Tiada

"tunggulah. satu hari, aku pasti penat" - Fynn Jamal

Aku pasti penat.

~najwa

Oct 7, 2012

Puisi Untuk SJ Camp.

I just got back from a very tiring camp. The camp was called Senior Junior Camp. Dan pada malam penutup camp tu ada persembahan kebudayaan. Dan pada malam tu group aku, Super Seven (team mates are Fakhrur, Bessy, Maharani, Shobana, Eiqa, Wei Fern, Siew Fong and Daud), dapat task untuk mempersembahan sebuah puisidra. Apa itu? Gabungan puisi dan drama. Temanya 'Satu Nafas Baru'. Bila dapat tau je ada puisi, aku terus volunteer untuk buat puisi tu. Almaklumlah, sejak kebelakangan ni asyik berjiwa puitis je bila dengar dan baca hasil karya Kak Fynn Jamal. So I came up with this (its a bit long. so, please bear with it :D ) :

Pendidikan separa tinggi,
HABIS!
Kini menuju yang lebih tinggi.
Mara selangkah lebih dekat.

Habis hancur, habis kecewa,
Bila hati melihat warkah.
Hati menjerit, hati berkata,
Ini buka yang aku mahu.
BUKAN!

Bila ditanya pada ramai,
Ada yang kata tidak.
Ramai hanya kata, 'Redha jelaaa~'

OK!
Aku terima!
Aku sahut!

Sekejap, kini di bandara.
Ku tatap wajah ayah.
Ku tatap wajah ibu.
Ku genggam erat
Dan ku kucup tangan mereka.
Dahi dicium.
Mata ini lantas bergenang.
Mata itu juga bergenang.
Dengan itu aku pergi.
Dengan itu aku bawa bersama:
Harapan, pesanan dan nasihat ayah ibu.

Akhirnya tiba,
Perasaan berkocak.
Dada berombak.
Sedihkah? Marahkah?
Kelirukah? Atau gembirakah?
Sungguh, aku tidak tahu.
Rasa ini tak terleraikan.

Indah. Memang tempat ini indah.
Aku bagai jatuh cinta pandang pertama.
Aku suka.

Tapi salji tak kekal.
Begitu juga gembira itu.

Dikhabarkan perlu berpindah.
Ke mana? Ke tempat yang lain.
Ceruk. Pedalaman. Kampung. Katanyalah.

OMG!
Hati ini terdetik, bisakah bertahan?
Persetan, pasakku teguh untukmu.
Mungkin taufan akan surut.
Tetap datang petir ribut.
Tak apa!
Setiapnya aku sambut.
Untukmu, aku takkan takut!

Bumi berputar.
Hari tetap bertukar.
Aku terima.
Aku akur.

Jika ini jalannya,
akan ku perjuangkan sehabis jiwaku.
Jika ini jalannya,
Aku tak kan mengaku kalah.

Alah bisa tegal biasa.
Dari benci jadi cinta.
Mula dulu rasa terseksa.
Tapi sekarang aku suka.

Ijazah itu, Sijil itu,
Demi ayah, demi ibu,
Demi aku, demi masa depan,
Pasakku akan tetap teguh!!!

p/s: note that in some parts of this (so-called) puisi ada lirik Fynn Jamal sikit aku amek. Sebab kebetulan lirik tu macam sesuai je. :))

Di siapkan dalam masa 2 jam, aku rasa aku puas hati dengan puisi ni. Team mates pun banyak bagi kerjasama masa mementaskan drama puisi ni. Good job Super Seven! :D

~najwa.

Oct 1, 2012

Warkah untuk Teman # 1 [Aida]

Kau peramah.
Kau yang mula bercakap.
Keramahan kau menyedarkan aku, bahawa aku tidak boleh terus diam.
Aku juga perlu berkata. Supaya tidak terus dipijak.

Kau periang.
Kau selalu meletuskan gelak tawa.
Kau tidak kisah walau aku ketawa macam setan.
Aku menjadi aku.
Ketika bersama kau.

Kau penyayang.
Kau letakkan aku dulu sebelum engkau.
Kau jaga aku ketika sakit ku.
Aku menjadi manja.
Dan bila kau hilang, aku tiada tuju.

Tapi,

Kenapa kau terlalu sayang?
Sehingga ia memakan persahabatan?
Sungguh aku kesal bila kita bertengkar.
Sungguh aku sedih bila kau jauh.
Sungguh aku kecewa bila kau lari.
Sungguh aku tak mahu kau pergi.

Lama kan kita diam.
Tak bertegur.
Jumpa hanya senyum.
Dengar khabar dari pihak ketiga.

Aku masih ingat,
Malam Apresiasi Jauhari.
Malam yang menghubungkan kita kembali.
Kau ingat tak?

Aku masih ingat.
Aku perhati kau dari jauh.
Kau sedang sibuk mengemas.
Kau memang rajin.
Kau nampak aku perhati kau.

Aku datang,
Kau datang,
Kita salam,
Kita peluk,
Kita nangis.
Aku masih ingat.

Sumpah aku rasa lega.
Sumpah aku rindukan kau.

Sekarang kita dah kembali seperti biasa.
Aku bersyukur.
Kau dah kembali.
Kita masih kawan.
Aku bersyukur.

Dulu kawan,
Sekarang kawan,
Moga sampai bila-bila kita tetap kawan.

Aku sayang kau.


Engkaulah,
AIDA MIHAT. <3