Sep 28, 2012

masih mencari

Sungguh bila aku sedar,
Perasaan itu datang.
Walau aku berusaha lempar,
Aku tidak juga matang.
Aku tetap sama.

Sungguh bila aku berdiri,
Aku keseorangan.
Tetapi aku tetap mandiri.
Aku bukan gelandangan.
Aku masih sama.

Sungguh bila aku bakhil,
Aku tak keruan.
Aku sedar aku jahil,
Dan aku ingin berubah.
Tapi tak jumpa haluan.

Kerana itulah,
AKU TETAP AKU!
AKU MASIH AKU!

Aku masih mencari,
'cahaya' itu.

Masih mencari.

~najwa

No comments: