Dec 31, 2013

Rindu

Biar engkau selalu merindu yang jauh dari mata,
Yang dekat tidak kau rindu,
Itu tidak mengapa.

Biar aku selalu merindu yang dekat dengan aku,
Yang jauh aku lupakan.

Sungguh selepas ini aku tidak akan makan hati.
Jika rindu yang kau luahkan semua untuk yang jauh.

Kerana rindu aku padamu akan aku diamkan.
Rindu aku padamu akan aku sampaikan padaNya.

Biar hanya Dia yang tahu.
Biar Dia yang merawat luka ini.
Biar hanya Dia.

Cukup bagiku Allah.

~najwa

No comments: