Pernah sekali dia datang mengetuk hati.
Tapi aku tak bukak pintu hati.
Hanya kerana ego.
Sebab dia lebih muda.
Sepanjang berkenalan, dia banyak tegur aku.
Perlahan-lahan mencuba untuk mengubah aku ke arah yang lebih baik.
Tapi aku pekakkan telinga.
Hanya kerana ego.
Sebab aku rasa dia lebih muda.
Dan aku rasa seperti dia tak tahu apa yang dia buat.
Dan bagi aku masa tu, 'I'll do what I want'. ‘Kau siapa nk ubah aku?'
Ego.
Bodoh sombong.
Sampai ke sudah dia try nk bukak pintu hati aku.
Tapi aku tak bukak.
Sebab aku rasa aku belum bersedia.
Sebab pernah dikecewakan oleh suatu yang pernah.
Ego.
Bodoh sombong.
Sampai sekarang dia still text, tanya khabar semua.
Tapi kadang-kadang je aku layan.
Ego.
Bodoh sombong.
Dan baru ni aku nampak kat Facebook dia,
aku rasa dia dah bertunang.
Dan tunggu masa nak kahwin.
Tunang dia nampak macam seorang yang baik.
Jauh lebih baik daripada aku.
Mungkin itu rezeki dia.
Allah selamatkan dia daripada seseorang yang sekotor aku,
dan telah mengurniakan dia seorang srikandi berduri yang suci.
Rezeki dia.
Dan tiba-tiba aku sedih.
Sebab terlalu ego.
Dan terlalu bodoh sombong.
Kenapa dulu tak pernah terfikir yang dulu mungkin dia hadir dalam hidup aku untuk mengubah aku yang kotor ni..?
Sekarang baru terasa rugi.
Bukan senang orang sebaik tu nak muncul dalam hidup, bersedia nak bagi hati pada orang macam aku.
Biasalah manusia,
bila dah hilang daripada pandangan, baru nak menghargai.
Tapi tak apa, kehilangan dia mungkin kerana Allah nak kurniakan aku seorang yang lebih baik.
Sepertimana kehilangan aku telah menemukan dia dengan srikandi berduri tersebut.
Alhamdulillah :)
Tahniah sahabat.
Semoga berkekalan. Amiin.
~najwa
No comments:
Post a Comment