Dec 2, 2013

Hak berperasaan.

Tahu marah bila aku cari orang lain.
Tapi marah aku bila kau cari orang lain, pernah kau cuba fahamkan?
Marah aku bila kau cari orang lain, kau akan keluarkan ayat ni,
'Awak ni kenapa?'
'Kenapa selalu cari pasal?'

Paham kerana dulu sering buat perangai.
Tarik muka.
Diam seribu.

Tapi kerana tu, sekarang dah tak ada hak nak punya perasaan.
Asal marah, dikata cari pasal.
Asal cemburu, dikata cari pasal.
Asal sedih, dikata cari pasal.
Asal diam pun dikata cari pasal.
Orang lain cari pasal, pun aku yang dikata cari pasal.
Sikit-sikit cari pasal.

Tak punya hak berperasaan.
Tak punya.

~najwa

p/s: Jangan sampai suatu hari nanti aku benar-benar tak punya perasaan dan cari pasal.

No comments: