Mar 26, 2014

Terakhir

Tolak kau ke tepi.
Ampaikan badan di sebelah.

Satu persatu perkataan menerjah hati;
"Kalau orang lain tak boleh tengok kita bersama, biarlah kita tak bersama di mata mereka. Asalkan kita bersama di dalam hati."
"Like dah ada dalam hati."
"Ada kat mana?"
"Tengah buat apa?"
"Takde apa. Bosan."
Semua kata-kata yang kau lemparkan pada dia.

Satu persatu perkataan menerjah hati.
Satu persatu air mata meniti.

Aku lenggak (bak kata kau)
Aku tatap
Wajah yang sering disakiti.
Oleh aku.

"Comelnyaaaa diaa tidooo!"
"Mulut terbukak!"
Hati berbisik.
Rasa sayang tu penuh.
Aku tertunduk.
Usap tangan yang sering memberi kekuatan.
Usap muka yang sering menenangkan.
Usap mata yang sering menemani.
Usap telinga yang sering mendengar.
Usap bibir yang sering mendamaikan jiwa.
Air mata jatuh lagi.
Sungguh aku sayang.

Aku lenggak lagi.
Aku tatap.
Wajah aku tempat menagih kasih.
Menagih sayang.
Dari engkau yang tak sepatutnya.

Aku lenggak lagi.
Aku tatap.
Lama.
Wajah itu,
Wajah yang tak mahu tersakiti lagi.
Juga oleh aku.

Tatap sepuasnya.
Kerna ini yang terakhir.



Ini yang terakhir.
Aku surrender.

~najwa
P/S: Sungguh aku sayang. Sayang tak semestinya memiliki.

No comments: