Jan 6, 2013

Cafe, oh CAFE!!

How shall I begin this entry?

Food, is what we consume everyday in order to gain energy.

Duhh! What a boring introduction.

Well, whatever. Here goes.

Tahu tak menunggu tu suatu perbuatan yang amat memenatkan? Tahu tak..? Apatah lagi bila kita sedang dalam kelaparan. Tunggu order sampai sejam setengah. Sempat habiskan bihun sup semangkuk. Pedehal..? Apa masalah makcik tu nak masak lambat-lambat. Sedih. Ada sekali tu siap potong sesuka hati je order orang sebab DIA SENDIRI YANG RASA SERABUT..! Eh, what the hell man? Geramnya. Sumpah sistem cafe kat sini memang teruk. Aigoo~ Tiap-tiap hari kalau order makanan mesti balik tu rasa serabut. Semua orang mesti stress. Tension. Makanan tengahari pulak pukul 11:00 pagi dah habis. Tu makanan pagi namanya. Lambat sikit memang tak makan la jawabnya tengahari tu. Kalau tak pun kena gagahkan diri menapak keluar kampus untuk cari makan. Haishh.. Tolong la. Kami wahai student-student ni amat memerlukan makanan okay! Jangan la sebab takut rugi kau masak sikit je. Jangan la sebab takut rugi kau tutup awal. Jangan la sebab takut tak laku kau sekat rezeki orang lain. Eh, sekat rezeki orang lain..?? Kejadah apa?

Mak cik garang tu (a.k.a Oma Bertha), pernah halau Kak Pah, one of the stall owners, away just because she was friendly with the students and she sells awesome foodstuff and beverages. Dia dengki and menggunakan kuasa yang ada pada dia (dia mak cik kepada pemegang tender cafe tu), dia suruh akak yang pegang tender cafe tu halau Kak Pah. Kesian dowh. Kejam sampai nak sekat-sekat rezeki orang. Busuk hati betul. Tak paham aku. Mula-mula kitorang boikot la Oma Bertha tu. Tapi lama-lama tak leh tahan la sebab lepas tu dia je yang bukak. Terpaksa beli makanan kat dia jugak. Siot. Kes hari ni berlaku kat kedai dia jugak la. Yang tunggu makanan sampai satu jam setengah tu. Tu la. Lain kali kalau agak-agak tak boleh nak bagi makan kat SEMUA student kat SPL ni, jangan la gatal-gatal nak halau & sekat rezeki orang lain. Kalau dah rasa-rasa tak mampu nak tanggung kerugian, tak yah bukak bisnes LANGSUNG! Kan senang. Tu pun nak kena ajar ke..? (Okay Wawa, sila kawal perasaan anda!)

I'm gonna stop now. The more I write, the more I can't control my emotions. Pfft!

~najwa

p/s: Mintak-mintak la semester depan tukar tender baru. Tolonglah pihak pentadbiran hoi..!

No comments: