Sep 21, 2011

Lelaki dan Perempuan

Kenapa tidak boleh terlalu akrab? Siapa kata?!

Memang. Memang tiada siapa yang berkata.

Namun hakikatnya?!

Pabila sekali ternampak salah seorang daripada kaum hawa sedang rancak bergelak ketawa dengan salah seorang daripada golongan adam, mereka akan terus dipandang serong..

Bohong kau kata??

Tidak sama sekali.

Mengapa begitu yakin??

Kerana aku pernah kena.


'Ohh... Patutla...'
Ye. Aku tahu, sedikit sebanyak pasti ada yang berkata begitu..

Aku suatu ketika dulu amat pasif (ye, aku mengaku). Pengalaman telah mengajar aku untuk lebih bersosial. Aku keluar daripada kepompong kering yang menghalang aku menjadi aku. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke bumi ilmu, aku seorang.

Bukan dipinggir, tapi aku yang memilih jalan itu. Aku mahu seorang. Tanpa sebarang pengaruh. Aku mahu berdikari.

Hadirnya seorang insan daripada kaum adam yang ramahnya mengalahkan makcik aku, secara otomatik menjadi kawan aku yang pertama di bumi ilmu.

Aku selesa dengan perwatakannya.

Amat selesa.

Sehingga kemana-mana pun pasti bersama.
Sehingga pecah gelak tawa.
Sehingga segala rahsia di kongsi.

Ye, aku selesa dengannya. Aku tidak rasa kekok ketika bersamanya.

Dan..

Mungkin juga kerana terlalu selesa, aku abaikan keadaan sekitar aku.
Sehingga tiba-tiba, aku terdengar gosip liar yang mengatakan aku dan dia adalah pasangan couple. Macam-macam yang aku dengar. Entah siapa la yang mulakan cerita ni.

Semuanya kata-kata tanpa bukti.
Kata-kata daripada mulut busuk manusia yang tak tahu apa-apa tentang kami.

Aku diamkan. Lantak la nak cakap apa pun.
Ada aku kisah?!
Memang aku tak kisah..!

Tapi, makin aku diamkan, makin menjadi-jadi.
Yela, mulut orang lah katakan.

Sehingga last sekali, aku bawa diri. Aku rimas dengan kata-kata bohong tu. Aku decide untuk lebih bergaul dengan kaum hawa.

Yang pertama, social pressure.

Tapi itu kisah aku. Ingatkan keadaan camtu hanya diaplikasikan untuk aku.

Rupa-rupanya, bila ada pakcik makcik bergelak ketawa berdua bersama, aku terdengar kat belakang aku,

'Aku dengar, tukang kebun dengan acik cleaner tu ada scandal...'

Yang kedua, penambahan dosa.

MasyaAllah..

Rupanya dengan orang lain pun begitu.

Manusia.

Aku sendiri tidak boleh berkata apa. Kerana aku sedar. Kadangkala aku juga akan berkelakuan begitu.

Tapi ingatlah wahai anda yang suka memandang serong, apa yang anda lakukan itu hanya akan menambahkan dosa anda. Dan juga akan menyebabkan orang lain unhappy.

Sekadar peringatan, buat mereka diluar sana dan juga buat diri ini..

Sekadar luahan hati, di pagi Rabu yang hening..



~najwa rahim.

No comments: